Zhulkarnain bin Miswan

Zhulkarnain bin Miswan atau juga dikenali sebagai Nine merupakan pemain gitar kedua bagi Kumpulan Idola, iaitu satu kumpulan penyanyi di Malaysia. Kumpulan Idola terdiri daripada 5 orang anggota yang terdiri daripada lelaki kesemuanya.[1]Kumpulan Idola popular dengan lagu Pintasan Kasih,[2] Cinta Putih dan Yang Pusing-Pusing. Nine berasal dari Johor.